Lebih 10 JUTA Saudara Kita di Bumi Syam (Palestin, Syria & Lubnan) Bakal Berdepan Cuaca Sejuk Ekstrim yang Mengancam Nyawa

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Seorang muslim adalah saudara terhadap muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya.”  (HR Al Bukhari)

Setiap tahun, musim sejuk di Palestin, Syria dan Lubnan menjadi ujian yang paling getir buat pelarian. Suhu yang mencecah -5°C bukan sekadar menggigilkan tubuh tetapi meragut nyawa anak kecil, warga emas, dan ibu tunggal yang kehilangan tempat bergantung.

Tanpa pakaian tebal, tanpa pemanas, tanpa dinding kukuh dan paling tragis khemah mereka bocor diserang salji. Hidup dalam kesejukan melampau, mereka hanya mampu bertahan dengan doa dan sumbangan kita.

“Kami tidur berpeluk, bukan kerana kasih tapi untuk berkongsi sedikit haba,” – Amina, pelarian Syria di Lubnan.

 

Musim sejuk yang terpaksa saudara kita hadapi di sana bukanlah seperti keseronokan yang biasa kita tonton di kaca TV. 

Cuba kita bayangkan? Dalam keadaan suhu yang ekstrim angin yang dingin, mereka tidak mempunyai baju sejuk, selimut tebal, pemanas, bahan bakar, stokin, topi dan keperluan asas yang harus mereka miliki.

KENAPA PERLU BANTU PELARIAN PALESTIN, SYRIA DAN LUBNAN? 

Musim sejuk yang bakal mereka tempuhi ini bukanlah suatu pilihan. Mahu atau tidak inilah realiti yang bakal mereka tempuhi.  Diancam dengan peluru dan bom, kini mereka terpaksa bertarung nyawa dengan kesejukan.

Dengan suhu jatuh ke sejuk beku, tahukah anda masih ramai berteduh di rumah rosak, khemah usang, atau tempat perlindungan yang tak mampu menahan dingin. Kanak-kanak menggigil tanpa pakaian tebal, ibu bapa berjuang menyediakan makanan hangat, dan ramai kekurangan selimut atau pemanas. Musim ini menjadi antara penderitaan yang mengancam nyawa mereka yang paling lemah.

Justeru, kita tanyakan pada diri, apa usaha yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka? Apa bantuan yang mampu kita hulurkan pada mereka?


Atas dasar tanggungjawab, ihsan dan kasih sayang sesama insan, Pertubuhan IhsanKu Malaysia dengan kerjasama Syria Care telah menggerakkan Kempen Rayuan Musim Sejuk 13.0 – WinterAid & Warm Their Winter. Melalui kempen ini, disasarkan 80,000 pelarian di Bumi Syam iaitu Palestin, Syria serta Lubnan yang akan dibantu.

BANTUAN YANG AKAN DISAMPAIKAN 

✅ Bahan Bakar (birin iaitu hampas zaitun dan minyak diesel)

✅ Pek Makanan sedia dimakan

✅ Winter Aid Kit (Ubat-ubatan)

✅ Pakaian (baju tebal, topi, mafla)

✅ Stoking dan kasut

✅ Alat Pemanas

✅  Selimut Tebal

Sumbangan yang dihulurkan bukan hanya dapat membantu pelarian Syria, Palestin & Lubnan menghadapi musim sejuk, tapi ianya juga mampu menyelamatkan nyawa mereka menempuh ranjau ini.

Ayuh kita menyumbang, kita sampaikan mesej kemanusiaan dan harapan buat saudara-saudara se-Islam kita!

Dana Diperlukan

RM1.5 Juta

Pahala Berterusan

**

InshaAllah sumbangan tuan puan akan dimanfaatkan kepada saudara kita yang sangat memerlukan. Semoga Allah menilai usaha kita dan membalasnya dengan sebaik-baik kebaikan..amin ya Rab

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, aka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Akaun : Pertubuhan IhsanKu Malaysia
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “ WINTER”

Untuk sumbang secara atas talian, sila pilih nilai sumbangan, isi borang dan pilih method pembayaran anda