Tentang Kami

Pertubuhan IhsanKu Malaysia adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang didirikan pada 6 Februari 2023. Ihsan Madani komited untuk memperkasa komuniti bagi mewujudkan sebuah suasana masyarakat yang peduli, harmoni dan membangun.

Kami percaya, komuniti memainkan peranan penting dalam mencipta dan mempengaruhi lingkungan yang baik kepada ummah. Justeru, usaha menggerakan sumber dan pemerkasaan secara holistik akan terus dipacu dengan kerjasama pelbagai pihak bagi mencapai matlamat ini

Visi

Sebagai sebuah badan filantropi yang menerajui pemerkasaan masyarakat di peringkat global.

Misi

Meningkatkan kualiti hidup masyarakat dengan mengoptimumkan sumber daya insani yang produktif, adaptasi dan inovatif.

Mewujudkan ekosistem pemerkasaan yang mapan dan berimpak tinggi.

Mewujudkan jaringan global dalam usaha pemerkasaan masyarakat.

Objektif

Memenuhi keperluan asas golongan sasar yang memerlukan melalui projek dan kempen yang berterusan.

Mempelbagaikan sumber yang berdaya saing, holistik dan berkesan.

Membina kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak bagi menjayakan program pemerkasaan masyarakat.

Nilai

Impak

Akauntabiliti

Progresif

Kolaboratif

Ilmu

Golongan Sasar

Anak (Yatim, Asnaf, OKU)

Mangsa Bencana/Perang

Dhuafa

Insan Istimewa

Fokus Kami

Sifar Lapar

01

“Zero Hunger”  merupakan teras yang digerakkan oleh Ihsan Madani bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Akses kepada makanan yang baik dan bernutirisi adalah hak yang seharusnya dinikmati oleh setiap insan. Kesan bagi isu terputus atau limitasi kepada akses ini dapat memberikan impak negatif kelangsungan hidup kepada mereka yang memerlukan.

Kualiti Hidup

02

Akses kepada kemudahan asas seperti, kemudahan air bersih dan juga kemudahan perubatan & kesihatan memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah komuniti yang sihat dan sejahtera.

Ketiadaan dan limitasi kepada akses ini memberi kesan terhadapat kesihatan dan menggangu produktiviti harian individu mahupun komuniti

Pendidikan Berterusan

03

“Kami percaya pendidikan adalah alat yang terpenting bagi perubuhan. Sehingga hari ni masih ramai anak-anak yang tercicir dan tidak mendapat akses pendidikan yang selayaknya disebabkan pelbagai faktor.

Akses kepada pendidik bukan hanya tertumpu kepada akademik dan intelek sahaja. Tetapi penekanan kepada pendidikan rohani juga harus dititiberatkan bagi membentuk jiwa seorang manusia.

Pemerkasaan Komuniti

04

Pemerkasaan merupakan proses membangunkan sekelompok individu atau masyarakat/komuniti dengan mengembangkan kemampuan sehingga mampu untuk memenuhi keperluan asasi mereka.

Di Ihsan Madani, kami melatakan erti pemerkasaan bukanlah pada objek penerima manfaat (beneficiaries); tetapi memposisikan mereka sebagai subjek (ejen atau individu yang bertindak).

Tujuan akhir pemerkasaan adalah untuk memastikan masyarakat/komuniti dapat memajukan diri ke arah kehidupan yang lebih baik secara berkesinambungan.