
“Sesiapa yang mengasihi (mengurus) anak yatim di kalangan kaum Muslimin untuk makan dan minumnya, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali dia melakukan dosa yang tidak terampuni.” – (HR. Tirmidzi, No. 1917)

Isu-isu yang menimpa rumah-rumah jagaan anak yatim asnaf dan pelajar tahfiz bukanlah isu yang bermusim. Tekanan ekonomi semasa sangat memberi kesan dalam menguruskan anak-anak di bawah jagaan mereka.
Saban hari, permintaan kemasukan anak-anak ke rumah ini semakin meningkat pastinya bakal memberi impak kepada pengurusan kewangan. Tapi, atas rasa tanggungjawab dan amanah, kadang-kadang bebanan kewangan itu diabaikan dahulu.

“Kadang-kadang kita rasa berat juga bila ada pemohonan baru, dana kita memang tak cukup nak tampung. Tapi ini amanah, saya risau kalau anak-anak ini diabaikan mereka tidak ada orang nak bimbing. Kita pejam mata kejap bab dana ni, InShaaAllah kita buat benda baik pasti Allah akan tolong”
– Ustaz Rosli, Penjaga Rumah Anak Yatim


Bantu Ringankan Beban Mereka Ramadan Ini
Justeru atas dasar ihsan dan prihatin bersempena Ramadan kali ini, Program Ihsan ANAK telah digerakkan oleh Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama beberapa NGO bagi membantu rumah-rumah anak yatim, asnaf dan pelajar tahfiz memenuhi 3 akses keperluan utama iaitu bantuan makanan, pendidikan dan kesihatan.

Ramadan adalah bulan menggandakan amal kebaikan, dan memberi makan kepada anak yatim serta membantu mereka akses kepada keperluan lain adalah antara amalan paling dicintai Allah.
Kebahagiaan mereka adalah tanggungjawab kita, kerana mereka kehilangan kasih sayang ibu bapa.
10 Buah Rumah yang Akan Dibantu
Anggaran Perbelanjaan Keperluan Rumah Anak Yatim:
1 Rumah = RM10,000 / bulan
RM10,000 X 10 = RM100,000 / bulan



Justeru, kami di Pertubuhan Ihsan Madani ingin mengajak tuan puan yang dermawan untuk sama-sama kita merealisasikan usaha murni ini. Mudah-mudahan berkat usaha ini dapat menjadi bekalan saham kita di akhirat kelak.. Aamiin ya Rabb
“Sedekah itu tidaklah akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.” (HR Muslim: No 4689)
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan IhsanKu Malaysia
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “Ihsan Anak”
PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung komuniti ihsan yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.
Untuk sumbang secara atas talian, sila pilih nilai sumbangan, isi borang dan pilih method pembayaran anda